Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa
Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa (dikenali sebagai SMAAT) (atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin) ialah sebuah sekolah menengah harian yang dibina di Jalan Bunga Tanjung yang terletak di Taman Maju, Jasin, Melaka dengan kawasan seluas lebih kurang 10~13 ekar. SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa ialah sekolah yang ditubuhkan bagi memudahkan perjalanan pelajar-pelajar yang tinggal berhampiran dengan Taman Maju. SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa merupakan satu-satunya sekolah yang menyediakan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk pelajar-pelajar yang istimewa. Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang terunggul di negeri Melaka menjelang tahun 2015. Namanya diambil sempena nama Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa[3]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa

Jenis sekolah Sekolah Menengah Harian
GPK Pentadbiran dan Akademik Puan Khairul Muphilinda binti Mahizan
Faks (+6)06-5292752
Laman sesawang smkjasin-edu.blogspot.com
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Haji Nasaruddin bin Lah
Ditubuhkan 1964
Moto "SMAAT Together We Smart""Seiring Menuju Jaya"
Pengerusi PIBG Encik Mohd Yusof bin Ahmat
Pengetua Tuan Haji Kamaruzzaman bin Ab Rahim
Kod sekolah MEB1065 [1],[2]
Nombor sekolah (+6)06-5291318